Kebolehubahan dan perubahan iklim

Kebolehubahan iklim termasuk kesemua ubahan dalam iklim yang bertahan lebih lama daripada suatu peristiwa cuaca, manakala istilah perubahan iklim hanya merujuk ubahan itu yang berterusan dalam tempoh masa yang lebih, biasanya berdekad-dekad atau lebih. Perubahan iklim boleh merujuk bila-bila masa dalam sejarah Bumi tetapi istilah tersebut kini lebih biasa digunakan untuk menghuraikan perubahan iklim sezaman, selalu lebih terkenal dirujuk sebagai pemanasan global. Sejak Revolusi Industri, iklim telah dijejas dengan meningkat oleh kegiatan manusia.[1]Perubahan iklim boleh berlaku pada rantau tertentu, atau seluruh bumi. Perubahan-perubahan ini boleh berpunca daripada proses-proses dinamik di Bumi, daya-daya luaran termasuk kelainan pada kepanasan cahaya matahari, dan baru-baru ini juga, kegiatan manusia.Dalam penggunaan terkini, khususnya dalam konteks dasar alam sekitar, istilah "perubahan iklim" selalu merujuk kepada perubahan iklim masa kini (lihat pemanasan global). Untuk maklumat mengenai sukatan suhu melalui pelbagai zaman, dan sumber-sumber data yang ada, lihat rekod suhu. Untuk penyifatan perubahan iklim sepanjang abad yang lalu, rujuk penyifatan perubahan iklim terkini.

Rujukan

WikiPedia: Kebolehubahan dan perubahan iklim https://archive.ipcc.ch/pdf/assessment-report/ar4/... https://archive.ipcc.ch/pdf/assessment-report/ar4/... https://www.academia.edu/34025380/SEBAB_DAN_DAMPAK... https://id.b-ok.asia/dl/1122555/92ca24 https://unesdoc.unesco.org/in/rest/annotationSVC/D... https://web.archive.org/web/20140529161102/http://... https://web.archive.org/web/20230530121638/https:/... https://web.archive.org/web/20210921083150/https:/... http://www.nap.edu/catalog.php?record_id=12782 https://www.wikidata.org/wiki/Q125928#identifiers